top of page

Yayasan ZuriatCARE

Home: Welcome
WhatsApp Image 2022-02-02 at 22.36.49.jpeg

AWAS menyediakan perkhidmatan 'AWAS Buddy' kepada sesiapa sahaja yang memerlukan ruang yang selamat untuk berkongsi perasaan, serta buat mereka yang sedang berjuang dengan isu kesihatan mental (termasuk yang mengalami simptom seperti perasaan ingin bunuh diri.)

Perkhidmatan 'AWAS Buddy' adalah seperti berikut :-
- Peluang untuk meluah perasaan
dalam keadaan selamat dan terbuka
- Sokongan emosi dalam apa-apa isu kesihatan mental yang hendak dibincangkan/dikongsi
- Penilaian bagi ‘anxiety’, depresi dan stres
- Menghubungkan mereka yang berkenaan kepada doktor/ahli kesihatan mental profesional

- Peneman ke temujanji kesihatan mental pertama
- Sokongan pelan keselamatan krisis bagi mereka yang mempunyai tingkah laku/kecenderungan untuk bunuh diri (ketika dalam krisis)
- Sokongan ‘Post-vention’ (bagi mereka yang menjadi saksi kematian
bunuh diri atau kehilangan seseorang akibat bunuh diri)

Hubungi (mesej) kami pada bila-bila masa yang anda perlu di talian 010-2344 808.

Jangan pernah putus harapan. Kami sentiasa ada bersama anda untuk bantu anda bangkit dan teruskan perjuangan bagi mengecapi kehidupan yang lebih bermakna.

Pesanan mesra : 
Kami akan memberi respon dalam
tempoh masa 24 jam atau kurang daripada itu. Talian sokongan ini juga bukanlah talian krisis. Kami hanya menerima pesanan melalui WhatsApp dan Mesej

Home: Who We Are

Hands of HOPE

It’s time for another round of peer support group for us with diagnosed mental health issues!
Our last session went well and we learned so much from each other. So let’s get together again to meet (virtually) others who may not be in the same boat as you but are going through the same storm. Take the opportunity to share your experience, your ups and downs as someone with #mentalhealth issues and also find out how others heal and thrive. 
The 90-minute session will be on 16th April 2022 at 3.00pm MYT/GMT+8. To ensure that everyone gets sufficient time to share their experience, we limit the number to 15 participants only. There will be a fee of RM7 for each session.
The sessions will be conducted via Google Meet and we will email the link to registered participants.

1.png
Home: About Us
Home: Pro Gallery

TAJAAN MAKANAN PANAS 

UNTUK MANGSA BANJIR & SUKARELAWAN

WhatsApp Image 2021-12-20 at 15.04_edited.jpg

Banjir kilat yang berlaku sejak 17 Disember 2021 hingga kini telah menyebabkan lebih 6,000 rakyat Selangor terpaksa dipindahkan ke 17 lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Para sukarelawan juga bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir di lokasi.

Kesemua mangsa banjir dan sukarelawan memerlukan makanan berkhasiat yang dimasak segar dan panas semasa berada di PPS.

Kami menganggarkan kos sebanyak RM25 sehari bagi setiap orang untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan malam. Jom sama-sama kita menaja makanan panas untuk mereka.

Kutipan sumbangan ini akan berlangsung sehingga 27 Disember 2021 dan kami menyasarkan kutipan berjumlah RM25,000.00 bagi membantu seramai 1,000 orang mangsa banjir dan sukarelawan di PPS. 

Kami ingin mengajak rakyat Malaysia sama ada individu mahupun badan korporat untuk turut sama berkongsi rezeki menyumbang dalam menjayakan kempen ini.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke : 

https://www.billplz.com/banjir

ATAU

860 454 8467 (CIMB)
YAYASAN ZURIATCARE
ref : banjir

Ayuh, kita bantu rakan-rakan kita yang sedang ditimpa musibah. Hari ini hari mereka. Hari kita siapa tahu. ❤️❤️

Kenali kami di www.yayasanzuriatcare.org dan ikuti kami di Instagram dan Facebook zuriatcare.

#YayasanZuriatCARE #banjirselangor2021 #bantuanbanjir2021 #bantuankemanusiaan #tajaanmakanan #help #donation #charity #floodrelief #disasterrelief #PeluangKedua #CamelliaYZC #AWASMalaysiaYZC

Home: About Us

Kempen KEMBALI KE SEKOLAH

Jom sama-sama menyumbang dalam Kempen Kembali Ke Sekolah bagi membantu anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan dalam penyediaan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2022. 

Kutipan sumbangan ini akan berlangsung sepanjang bulan Disember dan kami menyasarkan kutipan berjumlah RM10,000.00 bagi membantu seramai 200 orang murid sekolah rendah yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak yatim serta mereka yang terkesan kerana ibu bapa kehilangan sumber pendapatan akibat Covid-19. 

Kami ingin mengajak rakyat Malaysia sama ada individu mahupun badan korporat untuk turut sama berkongsi rezeki menyumbang dalam menjayakan kempen ini.

Ayuh, kita bantu cipta harapan dan kenangan manis anak-anak ini di sekolah mereka! ❤️❤️❤️

WhatsApp Image 2021-11-30 at 10.39.10.jpeg
Home: Welcome

OUR MERCHANDISE

WhatsApp Image 2021-10-05 at 23.26.29.jpeg